Hari ini saya telah mendaftarkan diri untuk Projek Merdeka Blogger (lihat banner di sebelah kanan). Ini adalah satu sumbangan ikhlas daripada saya sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia ke 48. Saya akui sumbangan ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan sumbangan para pemerintah kita lebih 50 tahun dahulu. Tetapi saya merasa seronok kerana buat pertama kalinya saya merasakan bahawa saya telah mengambil langkah positif ke arah memupuk semangat kemerdekaan dan menanamkan semangat ini di dalam diri saya.
Semasa berada dalam alam persekolahan dahulu, saya sentiasa menunggu ketibaan bulan Ogos, kerana pada bulan inilah kami sekeluarga akan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman kami. Nenek dan datuk saya juga sama-sama menunggu ketibaan Ogos.
Datuk saya, seseorang yang melaburkan masa dan tenaga serta tahun-tahunnya sebagai seorang kakitangan kerajaan, sentiasa menceritakan kisah-kisah kehidupannya sewaktu pemerintahan Jepun. Dia dengan seronoknya menceritakan bagaimana mereka adik-beradik sering meniru aksi-aksi tentera Jepun. Dalam pada dia tertawa, matanya bergenang airmata. Dia akui keadaan bertambah baik selepas Tanah Melayu berpindah milik ke tangan British. Tetapi tidak ada perasaan yang boleh disamakan dengan rasa bangga dan kagum apabila dia bersama-sama seluruh rakyat negara ini melaungkan kalimah “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” 48 tahun dahulu.
Saya amat berharap agar kita tidak perlu melalui perit maung yang dirasai datuk nenek kita, derita yang mereka hadapi serta pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan demi menyelamatkan diri daripada dijajah selamanya.
Kepada semua rakyat Malaysia, bersyukurlah atas apa yang kita miliki sekarang….

No comments:
Post a Comment