Wednesday, August 31

Merdeka kah....?

Hari ini adalah hari Malaysia menyambut kemerdekaan. Merdeka…. Perkataan itu mempunyai banyak makna, makna yang berbeza bagi setiap orang. Bagi sesetengah daripada kita, hari kemerdekaan hanyalah satu lagi cuti umum. Cuti umum yang ditunggu-tunggu untuk sebab-sebab yang salah. Cuti umum yang menjanjikan peluang untuk kita berehat dari pagi hingga ke petang. Peluang untuk kita bangun lewat. Untuk kita tidur lewat juga pada hari sebelumnya. Untuk kita menghabiskan kerja rumah yang tidak dapat dihabiskan pada hari-hari kerja sebelumnya. Untuk kita menonton DVD, pergi membeli-belah, menonton wayang atau bercuti panjang ke luar negeri.

Bagi diri saya sendiri, kemerdekaan kali ini datang dengan terlalu banyak persoalan. Terlalu banyak untuk difikirkan. Mungkinkah sebab saya lebih matang dari setahun dulu? Atau mungkin telah timbul detik-detik kesedaran dalam hati saya sendiri? Terlalu banyak persoalan yang jawapannya saya sendiri tidak pasti.

Mari kita berfikir sejenak. Sambutan “Independence Day” di Amerika Syarikat sinonim dengan aktiviti berbarbeku, berpiknik dan pertunjukkan bunga api di waktu malamnya. Adakah Malaysia juga mengikut jejak langkah ini? Adakah hari kemerdekaan kita hanya mengenai perbarisan di Dataran Merdeka atau Putrajaya? Adakah ianya mengenai sorakan dan tepukan gemuruh pabila tiba masa untuk pertunjukkan bunga api? Atau adakah ianya semata-mata mengenai kesesakan lalulintas akibat penutupan Jalan Bukit Bintang atau Bangsar yang sememangnya akan penuh sesak dengan semua lapisan masyarakat yang berpusu-pusu untuk menyambut detik 12 malam?

Kemerdekaan kita sememangnya bukan lagi mengenai perjuangan patriotik pembesar-pembesar Tanah Melayu, bukan lagi mengenai darah yang telah tumpah atas nama negara dan bangsa, bukan lagi mengenai semangat membara yang ada pada diri individu yang sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan maruah negara. Kemerdekaan kita dianggap ‘trivial’ dan hanya dianggap satu lagi bab di dalam sejarah Malaysia.

Saya malu untuk mengatakan yang kita tidak kenal dengan wira-wira kita yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan tanahair daripada dibelenggu penjajah. Yang peliknya, kita mungkin lebih kenal akan William Wallace, yang mana ceritanya telah diriwayatkan dalam filem ‘Braveheart’. Di manakah terhumbannya cerita-cerita wira bangsa kita?

Persoalan seterusnya, bagaimana kita dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam semua rakyat Malaysia? Adakah melalui ‘paksaan’ menyanyikan lagu ‘Negaraku’ kita akan menjadi lebih patriotik? Adakah ‘ke-patriotik-an’ seseorang itu boleh diukur dengan melihat berapa banyak Jalur Gemilang yang kelihatan di kenderaannya? Saya sendiri tidak mengibarkan Jalur Gemilang, jadi adakah ini bermaksud yang saya kurang patriotik daripada orang lain? Bolehkah patriotisme ini diukur pada satu hari atau pun pada satu bulan dalam setahun?

Fikirkanlah....

4 comments:

mudslinger said...

terima kasih justin,
i just tried my best to portray my feelings.

thanks for the support!

kekure said...

eh bestkan sekali sekala blogging dalam bahasa malaysia..kene buat selalu nie ;)

Anonymous said...

It pretty much covers Replica related stuff.

Anonymous said...

Feel free to come and check it out if you get time :-)